KELAB IBU BAPA DAN GURU ( KIBG ) SESI 2017 / 2018 : Pada 17 Mac 2017 , bermula jam 3.30 petang telah diadakan perjumapaan pertama Kelab Ibu Bapa dan Guru bagi sesi 2016/2017 bertempat di Dewan Utama Sekolah Kiblah. Objektif utama perjumpaan ini ialah perlantikan jawatankuasa baru bagi sesi 2017 menggantikan jawatankuasa lama. Dengan kerjasama padu para hadirin, maka terbentuklah satu jawankuasa baru yang bakal menerajui Kelab Ibu Bapa dan Guru bagi tahun ini.

LAWATAN PENGURUSAN KIBLAH KE KARANGKRAF GROUP

Pada 14 Mac 2017, Pengarah Urusan Sekolah Kiblah, Tn Hj Ismail bin Omar, Ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Tn Hj Thaha bin Mohd Yusuf dan beberapa orang Ketua Jabatan antaranya Ust Rosdi Embong, Ust Saifuzzaman bin Yusuf, Ust Alif Azizi bin Zainon bersama-sama mengadakan satu lawatan muhibbah ke Karangkraf Group di Shah Alam.

PROGRAM AMALI SEMBELIHAN

11 Mac 2017, Sabtu. Jabatan Kurikulum Yakin ( KY) di bawah Panitia Syriah, Ust Mohd Nur Mokhtar telah menganjurkan Program Amali Sembelihan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4. Seramai 55 orang yang menyertai program ini terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Program ini bertujuan memberi pengalaman kepada para pelajar secara amali menyembelih binatang dengan cara yang betul dan mengikuti sunnah yang telah diajarkan oleh Baginda SAW selain belajar secara teori di dalam kelas.

MAJLIS TAUTAN KASIH PT3 DAN SPM

11 Mac 2017 - Majlis bermula dari jam 9.00 pg hingga jam 11.30 pg dimeriahkan dengan kehadiran ibubapa dan para pendidik yang mengajar di tingkatan 3 dan 5 Sekolah Kiblah. Peratusan ibubapa yang hadir adalah sekitar 47% meliputi tingkatan 3A (10 org), 3B (11 org), 3C (11 org), 5A (11 org), 5 Sains (7 org) dan 5 Fast-Track (8 org). Semasa sesi pendaftaran, ibubapa diedarkan Akur Janji pelajar serta sasaran setiap mata pelajaran yang telah dibina sendiri oleh calon-calon PT3 danSPM 2017.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00