MOTIVASI STUDY SMART - SAHSIAH HEBAT BERSAMA UST EBIT LEW : 13 Sept. 2017 – Motivasi khusus kepada calon-calon PT3 dan SPM diadakan di Dewan Sekolah Kiblah bermula dari jam 9.00pagi dan berakhir pada jam 5.00 ptg. Program disertai seramai 235 orang pelajar di mana ianya turut melibatkan pelajar-pelajar dari tingkatan 1, 2 dan 4.

Write comment (0 Comments)

MAJLIS MENANDATANGAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ( MOU ) ANTARA KIBLAH DAN KAGUMAS : Pada hari Khamis 8 September 2017, satu memorandum persefahaman ( MoU ) telah ditandatangan bersama antara pihak Tahfiz Kemahiran Kiblah dan Kagumas bertempat di Pejabat Kagumas Culinary Academy, Bandar Baru Bangi, Selangor. Isi kandungan memorandum ini ialah ke arah kerjasama antara dua pihak dalam mewujudkan Kursus Kemahiran Diploma in Sunnah Chef yang berorientasikan patuh Syariah ( Shariah Compliant Course ). Kursus ini akan diikuti oleh para pelajar Tahfiz Kemahiran Kiblah.

Write comment (1 Comment)

MELANJUTKAN PELAJARAN KE QATAR : Hari ini, Rabu 7 September 2017, Sekolah Kiblah sekali lagi memahat sejarah berharga dalam lebaran kamus perjalanannya. Seorang pelajar Sekolah Kiblah, adik Irsyad Zakwan bi Akmal Hadi, pelajar Tingkatan 2 telah dipilih untuk melanjutkan pengajiannya di Qatar. Beliau akan meneruskan pengajiannya disana di Al Maahad Ad Dini, sebuah institusi pendidikan peringkat menengah dan semua kos pengajian ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Qatar.

Write comment (1 Comment)

KURSUS PENGURUSAN SPS : Pada hari Rabu, 9 Ogos 2017 bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang telah diadakan kursus dan semakan sistem SPS di ibu pejabat Awfatech Subang Jaya Selangor. Seramai 6 kakitangan sekolah yang terlibat antaranya 3 orang guru kanan, ketua unit SPS dan 2 orang di bahagian perakaunan.

Write comment (0 Comments)
KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG SEPTEMBER 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00