KLINIK RAMADHAN : 26 MEI 2017 bersamaan 29 Syaaban 1438 Hijrah pihak Panitia Syariah Jabatan Kurikulum Yakin dengan kerjasama Badan Dakwah & Rohani Sekolah & Maahad Tahfiz Kiblah telah menanjurkan "Klinik Ramadhan" membicarakan tentang persedian menghadapi bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk semua warga Kiblah bertempat di dewan solat masjid Kiblah . Dua orang tenaga pengajar Kiblah , Ustaz Muhammad Nur dan Ustaz Ali , mengupas perkara-perkara yang berkaitan fadilat bulan ramadhan dan fiqh ramadhan .

PROGRAM "ورشة كتابة عربية" BENGKEL PENULISAN ARAB ( v1 ) : Diadakan pada Hari Sabtu 13 Mei 2017 masa 9:00 -12:00 tengahari bertempat di Dewan Utama Sekolah Kiblah. Sasaran pelajar tertumpu kepada Ting 4 Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Guru pengendali ialah Ustz. Siti Zulaikha binti Mustapa ( Ketua Panitia Bahasa Arab ) dan Ustz. Faridah binti Abdullah. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Arab dan Jabatan KY Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah.

PERSONALITI DAKWAH REMAJA BERSAMA AIMAN BANNA : Alhamdulillah pada 9 MEI 2017 selepas solat Isyak pihak Badan Dakwah & Rohani Sekolah Kiblah telah menganjurkan satu ceramah khas mengenai remaja yang bertajuk "Anak Muda Pewaris Generasi Al-Fateh". Ceramah ini telah disampaikan oleh personaliti dakwah remaja , saudara Aiman Banna, yang merupakan penceramah motivasi dan penulis buku popular mengenai remaja.

ZIARAH ILMIAH BERSAMA BAHASA ARAB : Hari Rabu, 3 Mei 2017 bertempat di Dataran Kompleks Pendidikan Yakin bermula jam 6.30 - 7.30 malam Sekolah Kiblah telah menerima kunjungan daripada seorang yang sangat berpengalaman dalam pembangunan jati diri dan pakar dalam bidang Bahasa Arab. Beliau yang dimaksudkan ialah Al Ustaz Soumy Careem (Pelatih Kursus Pembangunan dan Jati Diri Manusia, Guru Bahasa Arab dan Ulum Syar'iyyah Kuliyyah Nadwah Ulama' Bahasa Arab di Sri Lanka)

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00