TEMASYA SUKAN TAHUNAN KIBLAH 2017 - Pada 29 April 2017 - Temasya Sukan Tahunan Kiblah 2017 telah dilaksanakan di Padang Utama Sekolah Kiblah. Hari ini adalah kemuncak kepada Sukan Tahunan Kiblah yang telah berlangsung bermula 1 April 2017 dengan pertandingan pembukaan iaitu pertandingan merentas desa. Dengan semangat kesukanan yang tinggi para pelajar telah menunjukkan semangat yang berkobar-kobar untuk menjulang nama pasukan mereka sebagai juara.

Write comment (1 Comment)

KURSUS PENDIDIKAN BAHASA ARAB - UNTUK GURU-GURU BAHASA ARAB DARIPADA NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA - Telah diadakan pada 25-29 April 2017 bertempat di Hotel De Palma Ampang Selangor. Program ini dianjurkan oleh MS Asia bertujuan memberi pendedahan terkini terhadap kaedah-kaedah berkesan pengajaran Bahasa Arab khususnya kepada pelajar-pelajar di seluruh Negara Asia Tenggara. Sekolah Kiblah dijemput untuk menghantar guru-guru bagi mengikuti kursus ini selama 5 hari.

Write comment (0 Comments)

PENGIKTIRAFAN UNIVERSITI ISLAM MADINAH : Pada 26 April 2017, Sekolah Kiblah sekali lagi melakar sejarahnya sendiri apabila didtatangi oleh 2 orang pensyarah kanan daripada Universiti Islam Madinah Arab Saudi, Dr Fahd Al Ahmadi dan Dr Husin bin Nafa’. Kedua-dua mereka dihantar oleh pihak Universiti Islam Madinah ke Sekolah Kiblah untuk membuat penilaian akhir terhadap usaha sekolah ke arah pengiktirafan Sijil Kurikulum YAKIN ( KY ) yang menjadi tonggak dan keistimewaanya selama ini.

Write comment (1 Comment)

LAWATAN PENANDA ARAS : 21 April 2017 - Lawatan Penanda Aras ke SMKA Sheikh Mohd Said ( SMKA Shams ), Seremban di sertai oleh 5 orang guru dari dari Sekolah Kiblah dalam rangka menimba pengalaman serta bertukar-tukar idea dalam membina generasi pelapis Islam masa depan. Lawatan separuh hari disambut oleh Pengetua Cemerlang SMKA SHAMS, Pn Hajjah Lailawati Bt Ahmad serta beberapa orang guru kanan beliau. Taklimat tentang pencapaian SMKA SHAMS disampaikan sendiri oleh Puan Pengetua.

Write comment (0 Comments)
KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG SEPTEMBER 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00