IKTIKAF PERDANA 2017 : Pada 17 JUN 2017 bersamaan hari Sabtu , Sekolah Kiblah sekali lagi telah mengadakan satu majlis besar bersempena bulan Ramadhan ini , iaitu majlis I'tikaf Perdana bertempat di Masjid Kiblah . I'tikaf perdana ini berlangsung pada malam ke 23 Ramadhan . Objektif utama ibadat iktikaf ini ialah untuk meluangkan sepenuh masa beribadah kepada Allah Taala dalam mencari Malam Lailatul Qadar yang dijanjikan oleh-Nya seperti beribadat selama 1000 bulan. Alhamdulillah, Sekolah Kiblah dengan usaha para pendidiknya telah berjaya menghidupkan malam ini dengan pelbagai aktiviti ibadat bertetapan dengan sunnah Rasulullah SAW. 

Write comment (0 Comments)

PROGRAM MALAYSIA QURAN HOUR ‬: Pada hari Isnin bersamaan 19 Jun 2017 , pihak Sekolah Kiblah telah menghantar sejumlah 36 orang pelajar daripada Maahad Tahfiz Kiblah dan diiringi oleh 2 orang guru iaitu Al-Faqir An-Nafs Al-Muznibah Ustaz Mohd Syamil Nazmi dan Al-Fadhil Al-Ustaz Al-Muqri' Khairul Hamdi ke Program Malaysia Quran Hour yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin , Putrajaya .

Write comment (0 Comments)

MID-YEAR REVIEW KIBLAH 2017 - Berlangsung pada hari Rabu 24 Mei 2017 bertempat di Empress Hotel Salak Tinggi Sepang. Bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Program ini dihadiri oleh Pengarah Urusan, Tn Hj Ismail Omar, Ahli-Ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Maahad Tahfiz ; antara Tn Hj Mahyuddin, Prof Dr Khadijah Rohani dan Tn Hj Thaha Mohd Yusuf. Program ini juga dihadiri oleh Pemegang Lesen Madrasah Islahiah, Ust. Furkon bin Jihad dan Guru Besar Sri Kiblah Kelantan, Tn Hj Salimi.

Write comment (0 Comments)

KLINIK RAMADHAN : 26 MEI 2017 bersamaan 29 Syaaban 1438 Hijrah pihak Panitia Syariah Jabatan Kurikulum Yakin dengan kerjasama Badan Dakwah & Rohani Sekolah & Maahad Tahfiz Kiblah telah menanjurkan "Klinik Ramadhan" membicarakan tentang persedian menghadapi bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk semua warga Kiblah bertempat di dewan solat masjid Kiblah . Dua orang tenaga pengajar Kiblah , Ustaz Muhammad Nur dan Ustaz Ali , mengupas perkara-perkara yang berkaitan fadilat bulan ramadhan dan fiqh ramadhan .

Write comment (0 Comments)
KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG SEPTEMBER 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00