PERKHEMAHAN ILMU ( 1 ) 2017 : 25 – 28 Ogos 2017 – Perkhemahan Ilmu (I) yang diadakan sempena cuti ini telah berlangsung dengan jayanya. Program berbentuk akademik menjurus kepada pendedahan teknik-teknik menjawab soalan telah disertai oleh calon-calon PT3 dan SPM Sekolah Kiblah seramai 129 peserta.

KURSUS UPDATING WEB SEKOLAH KIBLAH : Kursus Updating Laman Web Sekolah Kiblah telah diadakan pada hari Khamis 24 Ogos 2017 jam 9 pagi di Bilik APD. Kursus ini disampaikan oleh Ust Rosdi Embong, Ketua Jabatan ICT dan Multimedia. Kursus ini bertujuan melatih guru-guru mengawal selia laman web rasmi Sekolah Kiblah. Kursus ini dihadiri oleh beberapa orang guru yang terpilih dan mereka adalah bakal pelapis yang akan menerajui pengelolaan laman web Kiblah pada masa akan datang. 

FIRST LEGO LEAGUE COMPETITION 2017 (FLL2017) : Pada 15 da 16 Julai, dua pasukan robotik Kiblah telah menyertai First Lego League Competition 2017 (FLL2017) yang berlangsung di Institut Perguruan (IPG) Kampus Bahasa Melayu di Kuala Lumpur. Pertandingan disertai oleh 100 pasukan dari seluruh Malaysia. Pertandingan ini merupakan pertandingan robotik berprestij yang bertaraf lima bintang.

SEMINAR SPM BERITA HARIAN : 19 & 20 Ogos 2017 – Seminar SPM Berita Harian telah diadakan di Institut Genom Malaysia, Bangi dan seramai 40 orang calon-calon SPM 2017 Sekolah Kiblah telah menyertai seminar tersebut. Seramai 130 orang peserta berkumpul di institute tersebut bagi mendengar teknik-teknik menjawab, pendedahan tentang skema pemarkahan, kaedah menguasai kemahiran menjawab serta mendapat tips-tips (soalan ramalan) berkaitan empat mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik) yang diadakan selama dua hari tersebut bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00