KURSUS PENGURUSAN SPS : Pada hari Rabu, 9 Ogos 2017 bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang telah diadakan kursus dan semakan sistem SPS di ibu pejabat Awfatech Subang Jaya Selangor. Seramai 6 kakitangan sekolah yang terlibat antaranya 3 orang guru kanan, ketua unit SPS dan 2 orang di bahagian perakaunan.

PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA ARAB PERINGKAT AKHIR 2017 : Telah diadakan pada hari Selasa 22 Ogos 2017 jam 9:00 malam hingga 11:15 malam bertempat di Dewan Utama Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Arab. 

PELANCARAN MAKTABAH IBNU AL QOYYIM AL JAUZIYYAH : 7 Ogos 2017 – Majlis perasmian perpustakaan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah telah disempurnakan oleh Tn Hj Thaha Mohd Yusuf, Ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah bertempat di dataran Sekolah Kiblah. Bertemakan Perpustakaan Pencetus Generasi Ilmuan, perpustakaan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah telah di berikan nama, Maktabah Ibnu Qayyim Al-Jauziyah bersempena nama tokoh Islam yang telah banyak menghasilkan penulisan dalam pelbagai sudut ilmu.

SEHARI BERSAMA MATEMATIK PT3 : 8 Ogos 2017 – Bengkel Sehari Bersama Matematik PT3 telah berlangsung dari jam 8.00 pg hingga jam 4.30 ptg.. Bengkel ini dikendalikan oleh guru-guru matematik tingkatan 3 (C. Izwan, C. Mardhiah dan C. Hafawati) dalam rangka memberi suntikan motivasi kepada para calon PT3 dalam mempersiapkan diri mereka menghadapi PT3 yang bermula pada 9 hingga 12 Oktober nanti. Semoga usaha yang dicetus oleh para guru serta komitmen tinggi para pelajar akan membuahkan hasil yang seterusnya diterjemahkan dalam keputusan PT3 yang cemerlang, InsyaAllah!

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00