STREET DAKWAH DAN KEMANUSIAAN : Jumaat, 8 Mac 2019 telah diadakan satu program kemanusiaan dan street dakwah antara pelajar sekolah kiblah yang terpilih dengan pihak Baitul Makwa. Program ini berlangsung di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur antara jam 3-7 petang. Program ini telah disertai oleh 10 orang pelajar lelaki ( tingkatan 3 ) bersama-sama 3 guru pengiring ( Ustaz Emir, Cikgu Rahman, Ustaz Hanafi ). Program yg dijalankan ini bermatlamat utk melahirkan pelajar yang prihatin dan berkeupayaan dalam komunikasi dengan pihak luar selain menyantuni individu gelandangan dan fakir miskin.

ANUGERAH KEDOKTORAN KEHORMAT : Seluruh warga Kiblah mengucapkan jutaan tahniah kepada Pengarah Urusan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Dr. Ust. Ismail Omar di atas pengiktirafan dan anugerah Doctor Of Philosophy in Social Work yang membawa gelaran " Doktor " yang diberikan kepada beliau oleh The International Universiti Of Peace, iaitu sebuah universiti yang berpusat di San Jose, Costa Rica dan bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

JAWATANKUASA KIBG 2019 : Ahad, 3 Mac 2019 bermula jam 3.00 petang, mesyuarat pertama jawatankuasa Kelab Ibu Bapa dan Guru ( KIBG ) 2019 telah diadakan di Bilik Seminar, Sekolah Kiblah. Dihadiri oleh semua jawatankuasa daripada ibu bapa dan guru-guru kanan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Dipertua KIBG 2019, Dato' Mohd Tajuddin bin Jamaluddin. Objektif terpenting mesyuarat ini ialah penubuhan portfolio dan personel yang akan menerajui porfolio masing-masing di samping beberapa perkara berbangkit.

LAWATAN KERJA KE INSTITUSI SUNNAH : Pada Selasa 29 Januari 2019, seramai 3 orang guru kanan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah telah mengadakan lawatan muhibbah ke beberapa institusi pendidikan agama di Perak dan Pulau Pinang. Guru Kanan yang terlibat ialah Ustaz Rosdi Embong selaku Penasihat Kurikulum YAKIN merangkap Ketua Jabatan Komunikasi, Multimedia dan Events, Ustaz Syed Hasan Syed Omar sebagai Mudir Maahad Tahfiz Kiblah dan Ustaz Alif Azizi Zainon, Pengarah Operasi Sri Kiblah Melaka.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( MAC 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00