KURSUS HAJI DAN UMRAH : Alhamdulillah pada hari Selasa 9 Oktober 2018 Jabatan KY di bawah Unit Panitia Syariah telah berjaya menganjurkan kursus umrah dan haji bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 & 4 Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Antara tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk melengkapkan kefahaman silibus Feqah ting 3 dan subjek Syariah tingkatan 4 disamping memberi pengalaman kepada pelajar tentang mansik umrah dan haji Rasullullah s.a.w yg betul. Selain itu, ianya memberikan satu gambaran yang lebih jelas tentang amali dan ibadat haji dan umrah Rasulullah saw.

REHLAH ILMIYYAH LIL LUGHATUL ARABIYYAH : 29 September 2018, Jabatan Bahasa Arab telah mengadakan satu Program Rehlah Ilmiyyah Lil Lughatul Arabiyyah bermula jam jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam. Program ini diadakan di Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ) Gombak dan pusat rekreasi Ulu Yam, Selangor. Hanya pelajar-pelajar terpilih sahaja daripada Ting 1 dan 2 ( Sekolah / Tahfiz ) menyertai program ini.

FUTSAL PIALA TAN SRI DATO' HASHIM MEON : Isnin 17 Sept 2018 pertandingan futsal Piala Tan Sri Dato' Hashim Meon, Pengerusi Yayasan Kebajikan Nusantara ( YAKIN ) telah diadakan di gelanggang Galaxy Futsal, Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Empat buah bas disewa untuk membawa kesemua peserta ke pertandingan tersebut yang bermula dari jam 8.30 pg dan berakhir pada jam 2.00 ptg.

MAHRAJAN BAHASA ARAB 2018 : Tanggal 23 – 27 Julai 2018 julung-julung kalinya Jabatan Bahasa Arab Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah telah menganjurkan sebuah Festival Bahasa Arab atau juga disebut dengan nama "مهرجان اللغة العربية". Festival ini telah berlangsung selama 5 hari bermula Hari Isnin (23 Julai 2018) sehingga Hari Jumaat (27 Julai 2018). Festival ini telah berlangsung dengan jayanya hasil usaha gigih guru-guru dari Jabatan Bahasa Arab dan kerjasama semua guru dari Jabatan KSSM dan Jabatan Tahfiz serta semua staff SK dan MTK Kiblah. 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKTOBER & NOVEMBER 2018 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00