03-87601287

FALSAFAH 

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH KIBLAH

Falsafah Pendidikan Negara menjadi teras kepada Falsafah Pendidikan Sekolah Kiblah. Pendidikan yang disediakan adalah bagi mengintegrasikan pengajian Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) dengan pendidikan Islam yang berorientasikan Al-Quran dan Sunnah Rasul untuk melahirkan cendekiawan Islam di bidang teknokrat, sains, perniagaan dan lain-lain untuk melahirkanpemimpin masyarakat yang profesional, dinamik, berkaliber, berdikari, berinovatif, berketrampilan dan berwawasan untuk menangani, menghayati dan merealisasikan bidang duniawi dan ukhrawi dalam menghadapi cabaran terkini demi kesejahteraan hidup bagi generasi Wawasan 2020.