03-87601287
DELEGASI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIP’S)
27 Oct, 2020

Rabu, 9 September 2020, Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah telah menerima tetamu daripada Kolej Universiti Islam Perlis ( KUIP’s ). Rombongan ini terdiri daripada 8 orang peserta yang terdiri daripada segenap lapisan warga KUIP’s yang diketuai oleh Rektor KUIP’s sendiri, Profesor Dato’ Kaya Bakti Dr Mohd Radzi bi Haji Othman . Lawatan ilmiah ini berlansung selama 3 jam bermula jam 10 pagi hingga 1.00 petang.

Objektif utama lawatan ini ialah sebagai salah satu usaha kerjasama antara Kiblah dan KUIP’s dalam soal Pendidikan. Satu memorandum persefahaman dengan ditandatangani oleh Pengarah Urusan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah yang wakili oleh Dr. Ismail Omar dan KUIP’s pula diwakili oleh Rektornya sendiri, Profesor Dato’ Kaya Bakti Dr Mohd Radzi bi Haji Othman. Semoga dengan lawatan ini, banyak lagi kerjasama Pendidikan dapat dijana pada masa akan dating dan pastinya keuntungannya akan kembali kepada anak bangsa

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *