03-87601287

SEKOLAH KIBLAH

MAAHAD TAHFIZ KIBLAH

THANAWI KIBLAH

SRI KIBLAH KOTA BHARU

SRI KIBLAH MELAKA

AKADEMIK

SAHSIAH DIRI

AKHLAK

PENGHAYATAN ISLAM

SEKOLAH KIBLAH

Sekolah Kiblah diasaskan pada tahun 1992 dan kini sudah pun berusia 28 tahun tahun menceburi bidang pendidikan. Sebuah sekolah yang beroperasi secara swasta penuh terletak di Jenderam Heights, Sepang Selangor. Berdaftar secara sah dengan Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ).

MAAHAD TAHFIZ KIBLAH

Maahad Tahfiz Kiblah telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) No.Pendaftaran :13 S(4)1/23 , No Kod Sekolah BZH 9001 di bawah enakmen No:2 Tahun 1988. Ia adalah sebuah institusi pengajian swasta yang berorientasikan pengajian menghafal Al-Quran 30 Juzuk ,Ilmu-ilmu Agama Islam penekanan dalam Bahasa arab dan Subjek Asas Akademik. Ia dikelolakan oleh Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN).

THANAWI KIBLAH

Program Thanawi Kiblah mula diasaskan pada tahun 2016 dan memulakan kelas pengajian untuk generasi pertama pada Januari 2017. Kursus ini adalah untuk pelajar-pelajar lepasan SPM / SMA dalam tempoh 7 bulan pengajian ( 2 semester ). Menggunakan silibus KY dan bahasa pengantar pengajian ialah Bahasa Arab sepenuhnya. Silibus KY diiktiraf dan diselia oleh pihak Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

SRI KIBLAH KOTA BHARU

SKKB ditubuhkan pada tahun 1993 hampir 27 tahun pengalamannya telah menjana sistem pendidikan yang bersepadu dan holistik di peringkat sekolah rendah dalam melahirkan jiil al-Quran yang bermanhaj, cemerlang, berdaya saing global, glokal dan universal.

SRI KIBLAH MELAKA

SRI Kiblah Melaka telah ditubuhkan secara rasmi pada hari Sabtu bersamaan dengan 11 November 2018 dan dirasmikan penubuhannya oleh Dato Muhammad Ali bin Rustam. SRI Kiblah Melaka ditubuhkan bagi menawarkan pengajian peringkat rendah supaya masyarakat terus istiqomah membimbing anak-anak di atas manhaj salafussoleh.